? ??????????????Punk Skulls (Animated)? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (29 Ratings)??225 Grabs Today. 10268 T
otal Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????It's Raining Love? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??204 Grabs Today. 204 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instru CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sabtu, 2 Mei 2009

Permasalahan Moral Di Kalangan Remaja; Silap Siapa?

SAYA berasa sangat terpanggil untuk mengupas isu berkenaan permasalahan moral di kalangan remaja setelah saban hari dimomokkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama negara. Jujurnya saya mengambil berat dan sensitif dengan hal ehwal remaja lantaran pelbagai faktor.


Pertama saya menyedari bahawa saya juga berada di kalangan mereka, sebaya dan kedua saya sekadar ingin membuat gambaran terhadap para pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Sesungguhnya, pada masa akan datang itu bukanlah seabad, atau sealaf yang akan datang, tetapi hanyalah sekitar 10 tahun atau 20 tahun yang akan menjelang. Kemuncaknya, saya telah dimaklumkan oleh seorang kenalan yang memberitahu bahawa sekolah lama saya sendiri telah termuat di dalam akhbar tempatan lantaran telah berlakunya kes buli di kalangan pelajar di sana.Sepanjang lima tahun saya menuntut di sekolah tersebut belum pernah berita buli atau salah laku pelajar terpampang di dalam akhbar.


Saya menyedari ketika saya menuntut di sana, telah terdapatnya kes salah laku pelajar, tetapi bagi saya kejadian tersebut tidaklah sampai mencederakan pelajar yang terlibat dan masih pada tahap terkawal. Guru-guru juga mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi terhadap permasalahan ini.Justeru, apabila kes seperti ini terjadi, perkara tersebut telah menjadi satu indikator kepada saya berkenaan dengan mutu dan nilai akal budi para remaja ketika ini secara mutlak.Namun, perlu diingatkan terlebih dahulu di sini bahawa seringkali terdapatnya media masa yang begitu banyak tersalah tafsir dan begitu lapar dengan berita-berita sensasi, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku di sekolah yang dikatakan bagus dan indah pada pandangan masyarakat sekitar.


Bukanlah saya mahu mendabik dada menghamburkan pujian berlebihan menyatakan bekas sekolah saya itu tersangatlah bagus, namun saya percaya bahawa begitulah yang terjadi dan kadangkala kejadian kecil telah sengaja diperbesar-besarkan dan perkara yang salah dan tidak dikaji dengan teliti telah dibetulkan dan seolah-olah benar belaka. Saya menyokong kebebasan bersuara di kalangan masyarakat, namun perkara yang lebih penting ialah memastikan suara-suara yang kita laungkan itu bersifat benar dan tidak ditokok tambah secara membuta tuli. Saya amat tertarik untuk mengupas suatu kes yang telah menggemparkan masyarakat nasional iaitu berkenaan kes pergaduhan ala samurai yang berlaku di sebuah sekolah di Manir, Terengganu.


Perkara pertama yang bermain di benak pemikiran saya ialah jika dahulu kita menyangka wabak kebejatan moral hanya menyerang remaja di kawasan bandar, kini kita tidak boleh mempunyai mentaliti sebegitu lagi. Remaja yang tinggal di bandar-bandar kecil juga tidak terkecuali dan tidak terlepas, malah ada yang lebih parah. Saya pernah membaca suatu kajian yang membuktikan bahawa kes juvana yang terjadi di kawasan Felda juga ada mengatasi kes di sesetengah kawasan bandar dan ini merupakan suatu petanda yang membimbangkan. Tidak lama selepas itu kita digemparkan pula dengan kajian oleh seorang pakar kanak-kanak dan remaja daripada Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Khaidzir Ismail. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri telah menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat.


Daripada 887 pelajar, hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah mengamalkan hubungan seks bebas!Itu belum lagi dilihat pada pecahan yang melakukan aktiviti lain seperti mengambil minuman beralkohol, menonton video lucah, poteng sekolah dan sebagainya! Seperti biasa, kerajaan di bawah Kementerian Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat cuba memandang enteng dan sunyi terhadap permasalahan ini.Hasil kajian oleh Dr. Khaidzir Ismail antara lain membuktikan bahawa kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang bermasalah.


Saya ternanti-nanti, apakah reaksi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap kajian ini? Adakah kebimbangan mereka setanding atau mengatasi tahap kebimbangan jika anak-anak mereka tidak mendapat keputusan 5A di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak mencapai 10 atau 11 A di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?Sejujurnya, saya amat yakin dan percaya bahawa institusi keluarga merupakan institusi yang cukup penting dan ampuh dalam melahirkan remaja yang berkualiti dan berjaya. Saya amat menyanjung tinggi terhadap institusi kekeluargaan dan amat percaya bahawa setiap perkara yang membentuk sikap dan diri remaja itu kebanyakannya merupakan acuan ibu bapa mereka.


Saya tidak menolak bahawa terdapat juga remaja yang berjaya yang datang daripada keluarga yang bermasalah, benar, tetapi bagi saya lumrahnya mereka hanyalah mewakili sebilangan kecil remaja dan berapa ramaikah remaja yang mampu bertatih menanggung onak, duri dan rintangan untuk berjaya? Mereka masih muda, mentah dan masih mendambakan perhatian yang secukupnya daripada keluarga. Mereka sewajarnya diberi kasih sayang, tunjuk ajar serta model yang terbaik ke arah pembentukan peribadi yang mulia, bukannya dengan cara mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam keluarga.Saya sangat bersimpati dengan rakan-rakan remaja yang lahir dalam keluarga yang bermasalah.


Mereka memiliki potensi, intelektual, bakat, dan sinar yang terang, namun telah dimalapkan oleh permasalahan yang dicipta sendiri oleh kedua ibu bapa mereka. Kelak, saya bimbang bahawa gejala ini akan terus menerus berlarutan pada generasi demi generasi. Saya memerhatikan bahawa impak sistem pendidikan terhadap nilai akal budi di kalangan remaja masih belum cukup berkesan dan mendalam. Kita menyaksikan bahawa matapelajaran Agama Islam atau Pendidikan Moral merupakan antara matapelajaran wajib dipelajari di sekolah rendah atau menengah, namun kes juvana, rogol, vandalisme dan sebagainya terus menerus meningkat.


Bukanlah saya mahu menyatakan bahawa kandungan subjek-subjek tersebut tidak relevan dan tidak selari dengan kehendak semasa. Tidak. Tetapi apa yang sangat membimbangkan saya ialah para pelajar hanya mempelajari subjek-subjek sebegini hanya untuk melengkapkan gred A di dalam sijil peperiksaan mereka.Saya menyanjung tinggi pelajar yang memperoleh keputusan yang gemilang terbilang di dalam peperiksaan mereka, namun apalah gunanya gred A yang berderet-deret sekiranya nilai-nilai murni, hukum-hakam agama serta perilaku-perilaku bermoral yang diterapkan oleh subjek-subjek tersebut langsung tidak mampu terperap pada diri mereka?


Pokok pangkalnya ialah pada institusi keluarga juga. Pertama, kita menyedari bahawa sudah tercipta budaya kini, masyarakat melakukan transfomasi ke arah mementingkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Bagus dan selayaknya pujian perlu dihamburkan kepada mereka. Namun, bagi saya ada sesuatu yang tidak kena jika terjadinya kes anak remaja membunuh diri lantaran gagal melakar kejayaan di dalam peperiksaan. Tekanan berlebihan oleh masyarakat termasuk oleh keluarga mereka sendiri telah membebankan para remaja dan hasilnya, akan lahirlah para remaja yang tidak berjiwa dan hanya menuntut ilmu bagi memperoleh kepentingan-kepentingan yang sementara.


Keluarga, atau masyarakat seharusnya memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak mereka untuk membuktikan potensi diri mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak hanya tercipta di medan peperiksaan yang menguji sejauh mana kemampuan mengaplikasikan formula dan kemahiran menghafal semata-mata. Malah kejayaan juga perlu diukur melalui pemerkasaan akal dan budi dalam membentuk remaja yang bersahsiah.Remaja yang memiliki kerohanian yang suci bestari, disusuli dengan kemampuan dan kawalan emosi dan jasadi yang cocok dan seimbang serta dilengkapkan dengan keintelektualan tahap tinggi melangit, merupakan impian peribadi saya dalam melihat generasi seusia saya kelak yang memacu kepimpinan dan kemajuan negara.


Saya akan berasa gembira dan berbangga sekiranya Malaysia memiliki sejuta doktor, malah hati saya akan berbunga ria sekiranya Malaysia memiliki sejuta jurutera. Namun pada akhir dan zahirnya, kebanggaan saya itu tidak akan ke mana-mana sekiranya di kiri dan kanan saya terdapat berjuta-juta masyarakat yang rosak peribadinya.Sekadar memetik kata-kata Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, "Tamadun yang sebenarnya ialah keadaan hidup insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.


"Sekadar berkongsi rasa,

Isnin, 13 April 2009

"KeHiDuPaN"

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan saje lah minyak gamat.Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dansahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

"PeRsOnALiTi HuRuF PaNgKaL NaMa"

A
- Ramah dan murah senyuman.
-Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
-Kelemahannya,
sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.
-Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B
-Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
-Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat
disenangi dalam pergaulan.
-Kelemahannya sangat mudah tersinggung.


C
-Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
-Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
-Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
-Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.


E
-Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
-Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri
apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.


F
-Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
-Mereka juga sukar memaafkan.
-Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


G
-Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.
-Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.


H
-Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
-Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
-Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal
dan bercita-cita terlalu tinggi.


I
-Suka memendam perasaan dan permasalahan.
-Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.
-Suka menangis.


J
-Ramah dan murah senyuman.
-Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
- Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K
-Pandai berjenaka.
-Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
-Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.


L
-Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
-Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
- Amat berhati-hati bila berbelanja.
- Kelemahannya tidak menepati masa.


M
-Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak.
- Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
- Kelemahannya boros dan keras kepala.


N
-Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
-Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
-Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.


O
-Serba boleh.
Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
- Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.


P
-Pandai berjenaka dan selalu ceria.
-Punya banyak idea dan sangat kreatif.
- Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
- Agak pendendam dan boros.


Q
-Setia dan mudah memaafkan orang lain.
- Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
-Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.


R
-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
-Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
- Suka mengkritik.
-Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


S
-Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
-Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
-Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
-Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


T
-Sangat berdisiplin.
- Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
-Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
- Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


U
-Suka berterus-terang dan menyendiri.
- Naif baginya merugikan orang lain.
- Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun
kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.


V
-Tutur katanya lembut dan pemalu.
-Pandai meyesuiakan diri.
-Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat.
-Tidak suka berterus terang.


W
-Ramah dan mudah simpati.
- Sikapnya amat menawan.
-Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
- Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.


X
-Budi pekertinya halus.
-Suka melakukan pekerjaan sosial.
-Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.


Y
-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
- Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
mereka adalah sahabat yang baik.
-Tidak berani mengemukakan pendapat.


Z
-Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
-Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.